Thursday, 10 January 2013
Warkah Sahara
Tersimpul kalimah disebalik warkah
Teguh iman di dada
Biar hujan dan belantara
Jati ini akan terus mengembara.
Seruan pendita di gurun Sahara
Terlerai sejuta makna
Embun pagi kian membeku
Meninggalkan tanda tanya dihatiku,
Biar malam menjemput
Siang pasti menanti
Bukan di sini tempat hati berpaut
Tapi dalam jiwa yang merindui,
Mata penaku menjadi saksi
Perjalanan yang belum pasti
Sesepi malam siang mencari
Seikhlas hati seindah warkah ini.
Wednesday, 9 January 2013
Kaki lima
Di kaki lima ini aku memerhati
Ragam hidup melintasi
Setiap satu mengejar masa
Setiap masa menanti tujuan yang ada.
Bunyi riuhnya kenderaan
Menyapa kesunyian
Suara manusia menghiasi ruangan
Deretan manusia menceriakan suasana di sini.
jauh di hujung kaki lima ini
berdiri seorang tua
Entah apa yang dikenang
Mungkin keluarga menanti nun jauh di sana.
Seorang saudagar memberi salam
Memperlihatkan padaku berberapa bentuk cincin
Mohon maaf aku ucapkan
Dihati ini tiada niat untuk menunaikan satu tujuan.
Dua dara bergandingan
Sungguh elok dipandang mata
Alangkah indah sebuah permandangan
Jika semua berpakaian bersandarkan agama.
Di kaki lima jam sudah pukul 10 pagi
Aku berdiri dan terus meninggali
Mungkin esok aku akan kembali
Melihat hidup dan melakarnya di dalam sebuah puisi
Ragam hidup melintasi
Setiap satu mengejar masa
Setiap masa menanti tujuan yang ada.
Bunyi riuhnya kenderaan
Menyapa kesunyian
Suara manusia menghiasi ruangan
Deretan manusia menceriakan suasana di sini.
jauh di hujung kaki lima ini
berdiri seorang tua
Entah apa yang dikenang
Mungkin keluarga menanti nun jauh di sana.
Seorang saudagar memberi salam
Memperlihatkan padaku berberapa bentuk cincin
Mohon maaf aku ucapkan
Dihati ini tiada niat untuk menunaikan satu tujuan.
Dua dara bergandingan
Sungguh elok dipandang mata
Alangkah indah sebuah permandangan
Jika semua berpakaian bersandarkan agama.
Di kaki lima jam sudah pukul 10 pagi
Aku berdiri dan terus meninggali
Mungkin esok aku akan kembali
Melihat hidup dan melakarnya di dalam sebuah puisi
Tuesday, 18 December 2012
Sisa rindu
Sisa-sisa rindu masih tertinggal di dalam dada
Raut suci wajahmu semakin
menghilang
Malam ini aku bertemankan rindu
Didendangi oleh hati nan pilu.
Pada bulan aku bertanya
Ke mana engkau menghilang
Namun tiada jawapannya
Yang ada hanya kesunyian.
Padamu aku merayu
Tatapan wajahmu aku rindu
Pada malam ini aku berharap engkau mengerti
Kenapa rindu ini kian membara
Unggun api semakin redup
Cahaya bulan mula menghilang
Sekali lagi aku keseorangan
Tanpa teman di sisi
Tanpa kenangan di dalam hati.
I do not surrender
I do not surrender
To mockery
I do not surrender
To failure
Because I am a believer
Not a winner
But a believer
Of strength and passion
I own.
Every pound landed
Every side step taken
I take you down
single-handed
Just to see you shaken.
I am my own
The ring is my home
The people are my judge
But who might have
known
Someday I will fall
looking straight at the dome
But my heart will never
be smudge.
I do not surrender
To decision
I do not surrender
To the counts
Because I am a believer
Not a warrior
I give only what my
country bless me with
Sunday, 16 December 2012
Kenapa aku harus marah
jika tidak ada yang perlu dimarahi
adakah perlu menunding jari
Jika tiada seorang pun yang ambil peduli
Kenapa aku harus marah
Kalau mereka masih tidak sedarkan diri
Jika perlu biarkan sahaja mereka hanyut
Kenapa aku harus risau dengan hati yang tidak akan terpaut.
Kenapa aku harus marah
Kalau engkau tidak bersalah
Aku buklannya seoang yang membenci
Aku juga bukan seorang yang lupa diri
Tapi aku marah
Marah kerana enggan untuk maju
Marah kerana kesilapan sendiri
Tapi marahku ini cuma di dalam dada
Tiada yang mengerti dan tiada yang tahu
Cuma di sini sahaja anda tahu.
Saturday, 1 December 2012
Masih diingatanku
Masih diingatanku
Pada malam itu
Nyawa ini seakan melayang jauh.
Diantara nyata dan palsu
Aku keliru
Namun tugasku siapakah yang mengerti.
Apabila nafsu bermaharajalela
Nyawa pun tiada berharga
Yang pasti hidup bebas dari derita.
Masih diingatanku
Hingga kini sukar untuk aku lupai
Harapanku cuma tiada lagi duka tapi suatu pengajaran.
Friday, 23 November 2012
Jalan yang kita tuju
Lidahku kelu
Meluahkan kata-kata
Yang tersimpan dalam dada.
Biar usia merangkak
Asal jalan kita tuju sama
Itulah penghujung kita.
Redup hati yang bergelora
Tangan tak tercapai
Impian hancur berderai
Siapalah aku.
Kebas jari jemariku
Menggengam seribu harapan
Namun semuanya tinggal
kenangan.
Detik waktu akan melangkah
Meninggalkan bayangan masa
silam
Kini diriku dan dirimu
hanyalah sebuah khayalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






