Sunday, 16 December 2012

Kenapa aku harus marah

Kenapa aku harus marah
jika tidak ada yang perlu dimarahi
adakah perlu menunding jari
Jika tiada seorang pun yang ambil peduli

Kenapa aku harus marah
Kalau mereka masih tidak sedarkan diri
Jika perlu biarkan sahaja mereka hanyut
Kenapa aku harus risau dengan hati yang tidak akan terpaut.

Kenapa aku harus marah
Kalau engkau tidak bersalah
Aku buklannya seoang yang membenci
Aku juga bukan seorang yang lupa diri

Tapi aku marah
Marah kerana enggan untuk maju
Marah kerana kesilapan sendiri
Tapi marahku ini cuma di dalam dada
Tiada yang mengerti dan tiada yang tahu
Cuma di sini sahaja anda tahu.





































No comments:

Post a Comment