Thursday, 11 October 2012
Hakikat
Mata ini sering melihat
Teliga ini sering mendengar
Mulut ini sering berbicara
Setiap detik dan setiap hari
Ada sahaja yang tersingkap
Ada sahaja yang terbiar
Ada sahaja yang dikejami.
Baru kiniku sedari
Ramai manusia bertopeng
Mereka bernafas di sekeliling kita
Melontari madah bak puisi
Tetapi semuanya kosong
Tidak bernilai tidak setia.
Lihat tangga di sana
Ianya tinggi umpama tiada penghujungnya
Ilmu ada dua
Yang lahir pada kertas
Dan yang lahir dari ikhlas.
Dari kertas
Mereka akan terus memanjat
Mereka hina yang di bawah
Dari ikhlas
Mereka akan berusaha memanjat
Walaupun mereka tahu harapan itu sudah punah.
Inilah kita
Semakin berpelajaran tinggi
Semakin pelupa
Hiduplah berpada-pada
Tiada makna hidung yang tinggi
Esok lusa ke tanah jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment