Sunday, 3 June 2012

Brunei Darussalam


Di sini aku dilahirkan
Di sini aku membesar
Di sini aku mencari teman
Di sini aku belajar.

Negara Brunei Darussalam,

Seindah bumi
Kekal aman dan sentosa
Diperintah oleh raja yang disayangi
Islam sebagai panduan hidup semua.

Aku ingin bernaung
Di bawah payung negara
Menabur bakti walau cukup segantang
Asal hati ikhlas kerana cinta dan janji ikrar.

Rakyatnya hidup 7 lapisan
Ada Murut, Bisaya, Kedayan, Tutong, Belait, Brunei, dan Dusun
Semua hidup bersatu
Tiada uri bertemu dugal.

Aku ingin terus menghirup udaranya
Melihat pantai yang tenang
Mendengar panggilan menyeru ke jalan-Nya
Berpijak di atas buminya yang tiada gersang.

Selagi aku mampu berbakti
Selagi itu akanku genggam janji
Biar siang ataupun malam
Di sini Brunei Darussalam.

Adaa imuna al muhsinuna bil huda
Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk.

No comments:

Post a Comment