Aku tersadai sepi,
Diperbatasan hidup ini,
Mendayung kehidupan seribu kisah,
Melawan gelora di lautan kasih,
Aku tanai suatu pengorbanan,
Aku pikul segading harapan,
Namun ku kekal menangis,
Walau bukan pada zahir tapi batin terhiris,
Air mata hati,
Gugur bagaikan duri,
Ia menusuk ke kalbu,
Menyakiti hati kecil ku,
Aku sedar tiada yang sempurna,
Hanya kepada-Nya,
Aku mohon ampun,
Agar ditunjukan jalan,
Aku membilang hari,
Aku mencari rezeki,
Kerana kasih cinta yang menanti,
Kerana hati yang sudah sebati,
Semoga usahaku mendapat rahmat dari-Nya,
Semoga kelak hidup kita berdua akan bermakna.
No comments:
Post a Comment