Friday, 17 December 2010

Pengorbanan seorang isteri

Engkau menahan,
Segala derita,
Engkau menelan,
Segala cubaan yang melanda,
Hidupmu menjadi taruhan,
Sekadar untuk melahirkan satu nyawa,
Degup jantung bagai gelora lautan,
Sungguh aku tiada berdaya,

Aku seorang lelaki,
Tapi aku tidak sekuat dirimu,
Kasih sayang yang kau beri,
Tiada ternilai dengan jasamu,
Engkaulah isteri,
Engkaulah ibu,
Nyawa yang engkau kandungi,
Adalah bibit cinta murni dari kau dan aku.

Tak dapat ku bayangkan,
Keikhlasan yang ada pada cinta,
Membawa makna dan pengorbanan,
Melahirkan cahaya mata,
Aku bersyukur pada Tuhan,
Kerana menerangi hidup kami dengan cahaya,
Aku terpegun melihat ciptaan Tuhan,
Yang lahirnya dari seorang wanita.

No comments:

Post a Comment