Sunday, 13 June 2010

Untuk semua al-jami'ah

Hidup ini semakin senja,
Melayari lautan yang penuh dugaan,
Apalah erti kehidupan tanpa mengingatiNya,
Hanya kerana kuasaNya kita mampu meneruskan perjuangan.

Dosa wujud disetiap diri manusia,
Lahirnya nyawa ke dunia ini bagai kain putih,
Namun orang tua juga yang akan mendidiknya,
Teruskan perjuangan hidup mu tanpa merasa kesal dan sedih.

Memang semua yang indah itu terselindung,
Yang buruk pula sentiasa mengamit diri,
Apapun jua yang menanti kita nun jauh dihujung,
Sentiasalah berdoa dan meminta ditunjukan ke jalan yang diredhai.

Aku disini tidak ingin menunding jari pada sesiapa,
Sedangkan diri ini pun tidak jauh berbeza,
Aku mengarang kalimah ini bukan kerana untuk mendapatkan nama,
Cuma aku ingin mengingati bahawa hidup ini bukan milik kita.

No comments:

Post a Comment