Friday, 10 September 2010

Notaku


Aku menulis bukan mencari nama
Aku menulis bukan kerana harta
Aku menulis bukan untuk dipuji
Aku menulis bukan kerana terpaksa.

Rangkap ke rangkap
Kalimah demi kalimah
Aku meratap
Aku pasrah.

Aku menulis kerana aku sayang
Aku menulis kerana aku peduli
Aku menulis untuk Kebaikan
Aku menulis kerana Allah
Jiwa yang ikhlas lahirnya dari batin
Sesuci qalam yang aku lakar dinota ini.

Demi untuk kau dan aku
Agar kita saling ingat-menginati
Aku menulis kerana aku sedar
Aku menulis dengan harapan
Aku menulis agar ada perubahan
Aku menulis demi masa yang terbatas.

Jangan kerana harta
jangan kerana ilmu
jangan kerana pangkat
kita lupa dan lalai.

2 comments:

  1. Hani zaidah: i love this.. menyentuh hati :))

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya yang kita perlukan itu sederhana ya? pembaca. menulis adalah cara kita berbahasa. menulis adalah cara kita berbahagia. menulis juga adalah cara kita bersedih. menulis adalah kepuasan pribadi.

    ReplyDelete